Pages


Showing posts with label MusixX. Show all posts
Showing posts with label MusixX. Show all posts

Monday, September 5, 2011

086 Sweet ;))

Salam.

Lately, saye minat sangat kat lagu River Flows In You by Yiruma. Dapat tau daripada Twilight's (Patty encem ^^") Bella's Lullaby - tatau ape kaitan lagu ni dengan lagu Yiruma ni. Nak kate Yiruma punye lagu tak jugak... Hmm...  Terjebak pun sebab Youtube lah. (thanks Youtube sebab melalaikan hidupku... T_T") So, sekarang ni seriously dah jatuh head over heels dah dengan lagu ni. Lepas tu, thanks A LOT to youtube jugak lah ( I'm being sarcastic!) , dekat playlist sebelah tu ade banyak lagu Yiruma yang lain, so yay, a new fan of Yiruma have been born (21 years ago literally) ;))

Lagu ni memang dari mula smpai habis x boring2 dengar, lepas tu ulang2 macam tak cukup button replay nak tekan, LOL. Tah pape. Abaikan. Saye memang macam ni. Kalau nak tau lebih pasal pak cik ni, sila google sendiri okeyh. Oh ye, rupa2 nye, pak cik ni banyak buat OST untuk popular korean dramas mcm Autumn in My Heart dan Secret Garden... hehehe (another reason for me to be a fan).

Cool kan pakcik ni, I really wish I could play like him.


Budak ni pun smart je. Anak sape la ni.. (name die Jung Sung Ha)
cari la kat Youtube, die byk buat cover lagu2 best in piano and guitar. 

Anyway, lepas dengar satu lagu je terus download album die yg First Love tu (Yiruma, bukan Jung Sung Ha okeyh). Lagu2 lain yang cambest - Kiss The Rain, If I Could See You Again... Okeyh, pergi google je lah. banyak sangat lagu die yg cambest. 


Ok. lagu ni macam selalu dengar kan? Kenapa macam familiar ea?
Ok. Abaikan.

^^"

edited : oh. umur die mcm 30-an.. mudenye dah cipta lagu2 yg best.. kan?

Saturday, July 2, 2011

076 Cuti 2 minggu, buat apekah?

Okay, taklah sampai 2 minggu kot. 1 minggu 6 hari kot. Hehe. Sengal tak saye? So 1 minggu 6 hari ni buat ape ea kat rumah?

Firstly, tengok TV! Yay!~ Music Bank hari jumaat, Teen Cribs kat MTV, kalau boring bukak HitzTV, recap Maharaja Lawak, bla bla bla bla... mari kita lupakan sekejap clinical years yang mendatang lagi seminggu ni.... =_="

Suke tengok rumah orang kaya ni. Rasa macam nak kumpul duit banyak2 je.

Lepas tu, tinggalkan gitar kejap, carik keyboard yang dah berhabuk. Adoi. Most lagu dah lupe camne nak main. Ciss2. So, sekarang ni nak recap balik, tapi with the new song, Fur Elise (Bagatelle in A minor Op 59). Baru nak major that song...huhu.... saye tau saye noob~ T_T' dahlah tak reti main kalau takde score macam ayah. Ok, saye noob. TT_TT"

Tu dia. Dah ade orang take over la  pulak~

My mission. Go Ain!!
Next stuff buat kat rumah mase boring ialah memasak! Yes2. Jom jadi chef tak bertauliah ramai2. Konon nak jadi chef, bile start meletup je minyak sembunyik belakang ayah. Takpe, at least ade satu dish yang dah major.. iaitu.... drumroll please... dum dum dummmm.... Megi! Macam2 jenis saye tau! (cis2...nampak benor ke-noob-an nye)

Lepas tu... shopping!! Oh yeah! The best thing you can do when you stress, boring, sad, mad etc. that is... shopping!! Tapi tak boleh lame2, mula konon nak tengok2, lepas tu try2, lepas tu eh, terbawak pergi cashier pulak. Adoi.

Lastly, study....(nampak benor menipu!)

Monday, May 9, 2011

071 Jazz World. The Hierarchy.

Salam.


bunga kat tepi tu yang tak boleh blah tu

Bukan Prince Harry je ada family line tau *tukar minat kat Prince Harry pulak sebab Prince William dah kahwin.* Siapa minat Jazz music? Okay, memang tak ramai yang minat jazz kan sekarang ni. Sebab k-pop sedang berleluasa. WOooHhooo! Baiklah, off-topic.

Selain k-pop, saya suka jugak jazz sikit2. Mesti ramai yang pelik kan? Sebab kalau orang tengok muka saya je mesti diorang teringat k-pop diatas sebab-sebab tertentu. Hahaha. 

So, berbalik kepada jazz music, tau tak suku sakat kaum penyanyi jazz ni ada hierarchy diorang sendiri. Tapi ni daripada US la kan. Diorang siap ada god of jazz, the king and queen, the prince dan sebagainya. Ntah ape2. Kau orang jangan sesat menyimpang pulak pergi menyembah god of jazz lepas baca post ni tau. 

Apepun, jom tengok list2 jazz royalties ni okay.

Art Tatum
Ni lah god diorang. Seriously, his piano skills was amazing!
God: Art Tatum
bukan Channing Tatum dalam Step Up tu tau, tapi tatau lah kot2 ade gene tersembunyi disitu.

Nah, cuba check ada iras2 tak?
*blush*lagi handosme*blush*
Siapa tak kenal Nat "King" Cole? Sila angkat tangan.
*angkat tangan senyap2*
The King: Joe "King" Oliver, Nat "King" Cole, Paul Whiteman, Buddy Bolden, Freddie Keppard
The Mr. Lord: Jelly Roll Morton
The King of Swing: Benny Goodman
The King of the Clarinet: Artie Shaw
"The King of the Jukebox": Louis Jordan
The Queen: Peggy Lee
The Duke: Duke Ellington
The Count: Count Basie
The Earl: Earl Hines, more commonly called "Fatha"
The Court Jester: Ornette Coleman
The Major: Glenn Miller
The Prince of Darkness: Miles Davis
*kenapa darkness? kenapa tak brightness? kenapa mesti dark?
 Tau tak gelap tu menakutkan??!!! Ish diorang ni*
High Priest of Bop: Thelonious Monk
High Priestess of Soul: Nina Simone
The Baron: Charles Mingus
The Maharaja: Oscar Peterson
*the maharaja pun ada... nasib baik the maharaja lawak tak masuk. ^ ^*
The First Lady of Song (also Jazz): Ella Fitzgerald
President (Prez): Lester Young
Lady Day: Billie Holiday

Sarah Vaughan, her voice is the best lah.
Vocal range boleh senang2 tukar macam tukar  cermin mata je.
The Divine One: Sarah Vaughan

File:Frank Sinatra laughing.jpg
Frank Sinatra
Ni kalau tak kenal muka, at least mesti ada yang pernah dengar nama kan? kan? kan?
The Chairman of the Board: Frank Sinatra
The King Of Cool: Dean Martin
The Emperor of Easy: Andy Williams
King Of Jazz Guitar: Django Reinhardt

Dah habis. Panjang kan list, ntah ape2 je diorang ni.

Tapi dalam banyak2 list ni, saya paling minat mak cik Sarah Vaughan lah. Her voice sangat lunak, dan sedap dengar time happy2.
Lagu dia yang boleh saya recommend ialah A Lover's Concerto.
Kalau dengar sekali je dah rasa happy.
Tapi kalau tengah marah2, pergi dengar lagu Linkin Park je.
Makcik Sarah tak dapat nak nolong korang.

Oh ye. Sempena menyambut exam yang dah habis, saya pergi tengok Fast Five. Obviously the best!!!
*blush*

Suka tengok muka Paul Walker yang blur!


Wednesday, April 27, 2011

068 Tak boleh belah.

Exam dah dekat, kurang dari seminggu je lagi, sempat pulak nak order2 online, 
lepas tu sibuk merengek kat ayah bank cuma boleh transfer RM200 je sehari. *ATM tu kate kad saya kad remaja.huhuhu*
Lepas tu, sibuk2 nak fikir nak bayar macam mane, 
lepas tu tak pasal2 stress sorang2. Ntah pape je.

Tapi, on the bright side, dah order, dah bayar, dan tinggal tunggu je. Tengah baca pasal spirochetes semua tu boleh pulak teringat barang yang tengah order tu, dah keluar ke belum, dah ship ke belum. 
Ish, ish, ish.
Check online, barang tu release 11 May. Lagi ntah pape. 
So, right now, I am writing my last post for this month about the 'barang' for me to forget about them.
*lupa separuh pun jadilah, asal tak keluar dalam mimpi ulang2 macam tekan playback 500 kali satu malam tu dah kira cukup bagus*

Okay, mesti bengang kan baca panjang2 tapi tak tau benda ape. Haha.
*teaser ok. nak buat teaser macam movie Merong Mahawangsa, tak mampu la pulak*
So, jeng jeng jeng.
 Ni lah dia~

Photobucket

ok. Korang jangan fikir bukan2 pulak sebab cover album ade 3 lelaki atas katil main sembunyi2.
This is JYJ 3hree Voices II DVD
ok. cuma k-pop fans je kot yang faham.

Yang pasti, saya tengah balas dendam sebab terlepas beli JYJ 3hree Voices I DVD yang dulu,
dan bila tengok kat youtube cambest yang amat la pulak.
Teringin nak membeli yang ni.

Okeh, papepun, harap lepas entri ni,
saya tak tidur malam2 mimpi DVD nih lagi.
*please buat saya mimpi TB ke hepatitis ke ntah pape penyakit yang susah nak ingat ke, 
supaye senang sikit nak jawab periksa nanti.* ^ ^

ok.tak nampak. T_T
besarkan2
tengok tuuu,
penat je nak mimpi2. cis2.

oh, so to any k-pop fans kat malaysia yang malas nak order online melalui YesAsia, or G-market, or eBay,
or nak bank in je duit,
dan nak beli macam2 Korean artists goods,
sila lawat page ni.

Thursday, November 25, 2010

060 Trying...

I know I know. I am trying here~
And by the way, I am actually missing home...
my guitar... my room.. mom and dad... and the TV*cannot leave that one eh.*

Pengakuan : saya addicted dengan lagu ni.
What's Up by 4 Non Blondes.





Thanks to Yonghwa of CNBlue in WGM. aishhh~
Lagu lame kot. 90s kot. But the song n lyrics r nice.
It's really simple to play with guitar. 3 chords sahaje! Dengar2! 3 chords saje!!!~ ;))
Haha. Excited x bertempat. Bm, D dgn A. Really simple = a great sing-a-long-song~

OK. study!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...