Tuesday, November 1, 2011

088 Be happy with your life

Assalamualaikum.

Masa baca buku ni, mengalir air mata macam ape. Sorang2 kat library pulak tu. Kalau orang tengok, apa kena lah minah ni nangis sorang2 macam fail exam *oh please don't*. Buku bertajuk Natrah : Cinta Rusuhan dan Air Mata, ade kat library hospital. Silalah browse, pinjam dan hayati.



Buku ni mengisahkan tentang Natrah @ Bertha Herthog seorang remaja Belanda yang dilahirkan di Indonesia dan diambil sebagai anak angkat secara sah oleh Che Aminah dari Kemaman. Kisah hidup dia ni sangat menyayat hati dimana keluarga asalnya telah membawa kes Natrah ke mahkamah untuk menuntut balik hak penjagaan. Natrah masa tu umur baru 13 tahun telah dikahwinkan dengan seorang pemuda bernama Mansoor yang umurnya 22 tahun ketika itu atas nama cinta. Atas sebab budaya, agama umur perkahwinan bawah umur yang pelik pada pandangan orang Barat ketika tu, kes Natrah telah diambil oleh pihak mahkamah Barat yang akhirnya telah memulangkan balik hak penjagaan Natrah kepada ibu bapa asal.

 

Jadi bermulalah kisah menyayat hati dimana kes rusuhan telah berlaku dimana orang Muslim Melayu tidak puas hati dengan keputusan mahkamah kerana Natrah masa kecilnya telah dibesarkan dengan cara Melayu, dengan beragama Islam. Kes rusuhan tersebut telah mengorbankan bebrapa orang Melayu dan mencederakan beberapa yang lain.

Natrah dengan ibu angkatnya, Che Aminah
Natrah pula yang telah dibawa pulang Belanda melalui zaman kanak2 yang susah. Kerana di Malaysia, Natrah dibesarkan oleh Che Aminah dalan keluarga yang senang dan berada (Che Aminah ialah adalah keturunan bangsawan ketika itu), di Belanda pula keluarga Natrah adalah miskin, dia terpakasa membuat kerja2 rumah dan telah dipandang hina kerana kisah hidupnya di Malaysia.

Ok. Tu je, lalalala. Nak tau lebih, silalah baca sendiri ye.. FYI, Natrah dah pun meninggal dunia pada tahun 2009 lepas. Mansoor aka cinta Natrah yang tak kesampaian (cheewaah) pun sudah meninggal pada tahun 1998 ke 1997, tak ingat. It's just sad that I am a bit late to learn about her. Tapi yang pasti kisah dia ni sangat lah menyedihkan, boleh jadi iktibar kepada semua, InsyaAllah~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...