Pages


Monday, May 9, 2011

071 Jazz World. The Hierarchy.

Salam.


bunga kat tepi tu yang tak boleh blah tu

Bukan Prince Harry je ada family line tau *tukar minat kat Prince Harry pulak sebab Prince William dah kahwin.* Siapa minat Jazz music? Okay, memang tak ramai yang minat jazz kan sekarang ni. Sebab k-pop sedang berleluasa. WOooHhooo! Baiklah, off-topic.

Selain k-pop, saya suka jugak jazz sikit2. Mesti ramai yang pelik kan? Sebab kalau orang tengok muka saya je mesti diorang teringat k-pop diatas sebab-sebab tertentu. Hahaha. 

So, berbalik kepada jazz music, tau tak suku sakat kaum penyanyi jazz ni ada hierarchy diorang sendiri. Tapi ni daripada US la kan. Diorang siap ada god of jazz, the king and queen, the prince dan sebagainya. Ntah ape2. Kau orang jangan sesat menyimpang pulak pergi menyembah god of jazz lepas baca post ni tau. 

Apepun, jom tengok list2 jazz royalties ni okay.

Art Tatum
Ni lah god diorang. Seriously, his piano skills was amazing!
God: Art Tatum
bukan Channing Tatum dalam Step Up tu tau, tapi tatau lah kot2 ade gene tersembunyi disitu.

Nah, cuba check ada iras2 tak?
*blush*lagi handosme*blush*
Siapa tak kenal Nat "King" Cole? Sila angkat tangan.
*angkat tangan senyap2*
The King: Joe "King" Oliver, Nat "King" Cole, Paul Whiteman, Buddy Bolden, Freddie Keppard
The Mr. Lord: Jelly Roll Morton
The King of Swing: Benny Goodman
The King of the Clarinet: Artie Shaw
"The King of the Jukebox": Louis Jordan
The Queen: Peggy Lee
The Duke: Duke Ellington
The Count: Count Basie
The Earl: Earl Hines, more commonly called "Fatha"
The Court Jester: Ornette Coleman
The Major: Glenn Miller
The Prince of Darkness: Miles Davis
*kenapa darkness? kenapa tak brightness? kenapa mesti dark?
 Tau tak gelap tu menakutkan??!!! Ish diorang ni*
High Priest of Bop: Thelonious Monk
High Priestess of Soul: Nina Simone
The Baron: Charles Mingus
The Maharaja: Oscar Peterson
*the maharaja pun ada... nasib baik the maharaja lawak tak masuk. ^ ^*
The First Lady of Song (also Jazz): Ella Fitzgerald
President (Prez): Lester Young
Lady Day: Billie Holiday

Sarah Vaughan, her voice is the best lah.
Vocal range boleh senang2 tukar macam tukar  cermin mata je.
The Divine One: Sarah Vaughan

File:Frank Sinatra laughing.jpg
Frank Sinatra
Ni kalau tak kenal muka, at least mesti ada yang pernah dengar nama kan? kan? kan?
The Chairman of the Board: Frank Sinatra
The King Of Cool: Dean Martin
The Emperor of Easy: Andy Williams
King Of Jazz Guitar: Django Reinhardt

Dah habis. Panjang kan list, ntah ape2 je diorang ni.

Tapi dalam banyak2 list ni, saya paling minat mak cik Sarah Vaughan lah. Her voice sangat lunak, dan sedap dengar time happy2.
Lagu dia yang boleh saya recommend ialah A Lover's Concerto.
Kalau dengar sekali je dah rasa happy.
Tapi kalau tengah marah2, pergi dengar lagu Linkin Park je.
Makcik Sarah tak dapat nak nolong korang.

Oh ye. Sempena menyambut exam yang dah habis, saya pergi tengok Fast Five. Obviously the best!!!
*blush*

Suka tengok muka Paul Walker yang blur!


Sunday, May 8, 2011

070 Ibu.

Salam.

Semalam kan hari ibu, so saya hantar lah message kat dia "Selamat hari ibu, Ain saaaaaaayyaaaaaang ibu!"
Pastu dia balas, "Tk, ibu pun shaayaaaaang ain" Baiklah. Sejak bila ibu tetiba jadi cute ni?

Ibu sebelah kiri. Kiri tau! Kanan tu saya. Jangan terbalik!

Kalau orang lain, masa kecik2 dulu, ibulah yang paling baik, best dan sebagainya. Kalau saya pulak, masa kecik2 dulu, ibulah enemy. Ibu je lah yang selalu bebel2 tak puas hati kalau saya buat silap, selalau cari pasal pun dengan ibu, selalu berebut lauk pun dengan ibu, selalu jeles pun dengan ibu, sebab ibu selalu dapat support dari ayah. Lepas tu kalau merajuk dengan ibu, lari2 pergi carik ayah. Mengadu macam2 sampai terasa macam anak tiri pun ada. Haha. Entah ape2 je. Tapi sekarang, ibu dah macam bestfren, ibu selalu bagi nasihat paling logik walaupun situasi masa tu macam tengah perang dunia ke-80. Ibu selalu support apa yang saya nak buat. Masalah2 saya, dah macam2 ibu setelkan, kalau tu salah saya, dia akan cakap saya yang salah dan bagi macam2 alasan yang bernas sampai tak boleh nak counter attack dah. Mungkin sebab ibu cikgu kot. Dah banyak jumpa masalah2 macam tu dekat sekolah, masalah2 saya dia anggap macam potong bawang je. 

Sama bulat tak muka??
 Oh, cakap pasal memotong bawang, kat rumah, ibulah master chef, ayah chef berpangkat besar lah jugak. Saya? saya kuli dapur je. Sejak ibu sibuk kat sekolah, dan ayah pulak dah pencen ni, ayah tiba2 je naik pangkat nun jauh tinggi di sana dekat2 dengan pangkat ibu. Saya? Saya masih jadi kuli je. Signature dish ibu, asam pedas. Pernah jugak lah belajar dulu, tapi tak pernah lah  pulak nak cuba2 sendiri. Takut jadik asam pedas masin pulak.

Ibu sebagai  family coach tak bertauliah.
Lagi satu, ibu ni terer main boling, dulu2 tak pulak, orang ajak kompem kena rejek.
Lepas menang pertandingan tu lah, tiba2 muncul pulak bakat terpendam ibu. Sekarang ni, orang ajak main boling, ibu terus cakap ok. Siap belanja2 lagi. Kalau ibu main sekali, orang dengan ayah memang takde can langsung nak menang. Tapi pelik, kenapa bakat ibu tu tak turun kat anak ea? Tersekat kot.

Hanim tu ibu. Abaikan kekalahan saya. Mata tengok atas je, jangan tengok bawah!

Ayah n ibu. Baiklah, ni kes dah rindu kat rumah gila ni.

Apepun, terima kasih ibu, sebab selalu marah2 masa kecik, sekarang saya dah independent. Walaupun anak tunggal, saya tak meminta sangat dengan ibu ayah, kalau mintak sekali, lepas tu shhh! diam! Kalau bising2 merengek2 guling2 atas lantai memang kena marah lah jawabnya. Lepas tu bolehlah cakap selamat jalan dengan benda yang saya nak tu. Dah takkan jumpa lagi dah. Terima kasih jugak atas nasihat2 ibu, ain akan ikut.

Terima kasih Ibu!! 


p/s: Ayah, kalau ayah baca post ni kan, ayah jangan jeles tau, nanti ain buat post special kat ayah. ^ ^

Wednesday, May 4, 2011

069 Tak berkeyakinan.


Salam.


Seriously, macam nak fail je exam tadi. Dalam OSPE pulak, banyak sangat rest stations, that I kept thinking about my *big* fault. Ohh... depressing gila! Sampai tengok microscope pun tatau dah tengok ape. Lepas tu kepala sibuk nak fikir bukan2. Nasib baik tak break down dalam lab je tadi. *serius aku pandai berlakon kan, padahal mata dah macam paip air yang dah nak tercabut*


Comel pulak kakak ni, macam Drew Barrymore kan?
Another 3 more papers to go, I need to keep concentrating but yeah, still expecting the biggest 0 I've ever made! Haha. It's okay, semua orang pernah fail kan? Dan kegagalan tu kan tangga kejayaan kan?


Hahahahaha. Tak semestinya gagal, lepas nih tak boleh bangun balik. Even Thomas Edison, pakcik buat lampu tu pun banyak kali gagal. 
Nah, ni Pak Cik Thomas Edison tu bagi sticky note
Rasulullah S.A.W pun gagal dalam mendakwahkan agama Islam mula2 kan? Akhirnya Islam jadi kuat dan tersebar dengan sangat luas kat dunia ni. 
Ni tak taulah statistik bila, main amik je.
So, the moral is, no worries, you have a long road ahead Ain, don't give up! Hahahahahaha.


Failure is nothing.
Nothing.@-@;
Nothing ke? Markah kumulatif rendah.
Nothing? Nanti tak boleh lulus.
Nothing? Kena repeat year.
Nothing??! Hahafdgf!
kdbhak ajcnjdckckdc cdkjccnqkc@#*&%!!!




*baiklah. jom nangis* T_T"





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...